Tuesday, 26 March 2013

AMALI 6

Amali 6: Membina instrumen bagi penilaian portfolio dan pemerhatian. Pelajar membentangkan hasil kerja dalam bentuk Tapak Pembelajaran 


 INSTRUMEN PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO 



 •Penilaian terhadap portfolio pelajar boleh dibina menggunakan jadual senarai semak yang dibina oleh guru. 

 •Perkara- perkara yang menjadi bahan penilaian guru adalah bergantung kepada pemilihan guru itu sendiri. 


Contoh instrumen yang boleh dibina ialah seperti yang berikut:



•Senarai semak di atas adalah contoh bagi instrumen penilaian untuk portfolio Bahasa Melayu Pemahaman.
 •Senarai semak berikut adalah untuk menilai sikap dan tingkah laku murid dalam penyediaan portfolio. Kriteria-kriteria yang dirasakan dapat memenuhi tahap kualiti portfolio murid dinyatakan sebagai kriteria pengukuran.

INSTRUMEN PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

  • Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan strategi dan cara serta kriteria tertentu. Antaranya ialah;
  1. Dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang.
  2. Menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang  merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran.
  3. Dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif pemerhatian.
  4. Tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan.
  5. Jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan.

No comments:

Post a Comment